Iklan Pada Carian Google Search Kini Dilabel Sebagai “Sponsored” Di Telefon Pintar

Diterbitkan pada Okt 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google mengemaskini Search minggu ini bagi pengguna peranti mudah. Perubahan pertama ialah iklan yang dipaparkan pada bahagian atas keputusan carian kini dipaparkan dengan label “Sponsored” dan bukan lagi “Ad” seperti sebelum ini. Label dipaparkan dengan terang dengan teks ditebalkan di atas keputusan carian supaya pengguna menyedari ianya iklan berbayar.

Seterusnya saiz Favicon laman web juga dibesarkan lagi pada keputusan carian supaya lebih jelas kelihatan di skrin peranti mudah alih. Dengan ini pengguna dengan pantas boleh menyedari keputusan carian yang dipaparkan ialah laman yang memang ingin dicari dengan paparan logo yang tepat.

Ciri ini akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna peranti mudah alih global dalam minggu-minggu mendatang dengan ia turut akan diberikan kepada versi desktop pula selepas itu.

komen


© Amanz / 2022 Kami