Cari @ Amanz

Saintis Australia kini menyasarkan untuk menanam pokok di bulan menjelang 2025 kelak.

Kajian ini dijangka akan membantu dalam membangunkan penempatan atau koloni di Bulan mahupun angkasa kelak. Melalui misi tersebut kelak, biji benih akan dibawa ke Bulan, dan seterusnya ia akan disimpan dan dipantau melalui sebuah bekas khusus di Bulan.

Kajian awal akan memfokuskan kepada pencambahan dan penumbuhan biji benih tersebut. Buat masa ini, pokok atau tumbuhan yang akan dipilih masih belum ditetapkan – tetapi salah satu yang diperkatakan adalah rumput Australia yang boleh bertahan cuaca ekstrim tanpa air.

Selain daripada itu, kajian ini juga dijangka akan membolehkan saintis memahami lebih mendalam untuk memastikan pokok tumbuh dalam keadaan yang ekstrim di Bumi – terutamanya ketika perubahan iklim akhir-akhir ini.

  • Sumber
  • Sumber : Phys
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd