Kini Terdapat 3.5 Juta Robot Digunakan Dalam Industri – 2021 Mencatatkan Pemasangan Tertinggi

Diterbitkan pada Okt 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Robot akan mengambil alih tugas-tugas remeh yang membosankan, berbahaya, memenatkan dan berulang daripada pekerja manusia. Penggunaan robot industri paling awal berlaku di sektor pengilangan dengan ia berjaya meningkat output. Menurut laporan terkini International Federation of Robotics (IFR), tahun 2021 mencatatkan jumlah pemasangan robot industri tertinggi dalam sejarah dengan penambahan 517,000 unit berbanding 394,000 unit pada tahun 2020.

Secara keseluruhan kini terdapat 3.5 juta robot industri digunakan dalam sektor pengilangan yang juga merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah. Dalam masa enam tahun sahaja, jumlah pemasangan robot industri meningkat sekali ganda.

Benua Asia mencatatkan 74% pemasangan keseluruhan robot pada tahun 2021 dengan majoritinya berlaku di China – yang pastinya tidak mengejutkan. Yang mengejutkan ialah jumlah pemasangan baharu di China adalah lebih lima kali ganda Jepun yang terletak di tangga kedua diikuti oleh Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2022 Kami