Carian
Fon Telinga iQOO TWS Air Bakal Dilancarkan Seiring Dengan Pengenalan Neo7
October 17, 2022 Amy Maizuraa

iQOO telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 20 Oktober ini. Melaluinya, iQOO Neo7 bakal diperkenalkan yang merupakan pembaharuan baharu untuk siri sebelum ini. Beberapa aspek padanya telah didedahkan termasuklah rekaannya yang dilihat lengkap dengan sistem tri-kamera di belakang dan panel hadapan berlubang.

Acara tersebut bagaimanapun tidak sekadar pengenalan untuk telefon pintar sahaja. Malahan iQoo turut sama hadir dengan aksesori audio pertamanya iaitu iQOO TWS Air. Ia juga merupakan set fon telinga nirwayar bertangkai sejenis separa terbuka. Kemudian turut dipadankan dengan pod pengecasan bujur dengan kemasan serba hitam dan kuning. Turut kelihatan adalah penjenamaan iQOO bersama lampu LED lampu LED untuk indikasi tambatan dan bateri.

Ia diiklankan sebagai fon telinga nirwayar memfokuskan terhadap permua. Tapi sayangnya, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang didedahkan setakat ini.

Komen