Moto E22s bakal dilancarkan sebagai sebuah peranti kelas asas menerusi cip MediaTek Helio G37. Ia juga hadir dengan rekaan panel hadapan berlubang bersama sistem dwi-kamera di belakang. Turut disertakan adalah sistem imbasan cap jari pada butang kuasa untuk tujuan sekuriti.
Dari segi spesifikasi, skrin adalah sebesar 6.5-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan bernisbah aspek 20:9. Gabungan memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan sokongan miksoSD sehingga 1TB turut disertakan.
Kamera utama terdiri dengan 16MP + 2MP dan kamera swafoto pula 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh, sistem pengecasan 10W, pembesar suara mono, bicu audio, bluetooth 5.0 dan port USB-C. Untuk harga, ia dijual pada ₹8,999 (~RM515) dengan warna Artic Blue dan Eco Black.