Samsung Sedang Membangunkan Skrin MicroLED On Silicone Untuk Set Kepala AR

Diterbitkan pada Okt 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung menjadi pengeluar panel OLED terbesar dunia dengan skrin mereka digunakan sendiri serta pesaing seperti Apple, Oppo, Huawei dan Vivo. Tetapi dengan teknologi OLED tidak lagi boleh dikategorikan sebagai terkini, Samsung kini membangunkan teknologi skrin MicroLED on Silicone atau nama singkatannya LEDoS untuk set kapal realiti terimbuh (AR).

Samsung menyedari untuk set kepala AR, skrin yang lebih terang diperlukan supaya pandangan dunia maya dan dunia sebenar yang digabungkan nampak lebih realistik. LEDoS dipercayai akan mampu menawarkan keterangan ini dan pada waktu yang sama memberikan kepadatan pixel mencecah 6,600 PPI yang berkali ganda lebih tinggi berbanding yang digunakan sekarang.

Pembangunan LEDoS ini juga mungkin satu lagi petanda Samsung sedang membangunkan set kepala AR Odsyssey baharu. Set kepala Odsyssey yang mereka keluarkan sebelum ini dipasarkan dalam jumlah yang terhad.

komen


© Amanz / 2022 Kami