Parler mengumumkan hari ini bahawa penyanyi rap dan pereka fesyen terkemuka Kanye West bersetuju untuk mengambil alih platform media sosial ini. Nilai yang dibayar dan peratusan pegangan saham oleh West belum diumumkan setakat ini tetapi beliau melihat pembelian dilakukan bagi memastikan pendapat golongan konservatif akan dapat diutarakan dengan bebas.
Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Parler memasarkan diri mereka sebagai platform media sosial yang menawarkan kebebasan bersuara sebenar selari dengan pindaan pertama perlembagaan Amerika Syarikat. Ia menjadi kem pelarian untuk pengguna Twitter dan Facebook yang diharamkan kerana status yang dinaikkan.
Tetapi kandungan yang dibenarkan boleh dilihat sebagai menghina golongan minoriti dan akibatnya aplikasi Parler pernah dibuang dari App Store dan Play Store kerana melanggar terma Apple serta Google.