Apple Dilaporkan Menangguh Pembelian Cip Memori Dari YMTC Kerana Sekatan Perdagangan A.S

Diterbitkan pada Okt 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini dilaporkan akan membeli cip memori keluaran Yangtze Memory Technologies (YMTC) untuk digunakan pada iPhone di pasaran China sebelum pesanan dipertingkatkan untuk membekalkan 40% keperluan memori iPhone dalam masa terdekat. Tetapi YMTC telah dimasukkan ke dalam senarai syarikat yang tidak disahkan oleh pentadbiran Biden minggu lalu.

Menurut laporan Nikkei Asia, Apple kini menangguh sementara pembelian cip memori dari YMTC selepas arahan dikeluarkan. Syarikat dari A.S tidak dibenarkan berkongsi rekaan, teknologi, dokumen dan spesifikasi teknologi dengan syarikat dari China tanpa meminta lesen khas.

Ini adalah sebahagian daripada langkah A.S untuk mengelakkan teknologi terkini yang sensitif jatuh ke tangan Tentera Pembebasan China yang kemudian menggunakan teknologi awam bagi tujuan ketenteraan. Langkah diambil amat drastik kerana bukan sahaja melibatkan perkakasan dan perisian tetapi juga warga negara Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2023 Kami