Microsoft baru-baru ini telah mengadakan acara khusus dalam memperkenalkan sejumlah produk mereka, termasuk memperlihatkan pembaharuan pada sistem operasi Windows.
Pada acara tersebut, turut menarik perhatian ramai adalah apabila Microsoft secara ringkas memperlihatkan sebuah paparan skrin – yang menunjukkan sistem operasi Windows, dengan taskbar pada bahagian atas.
Rekaan ini juga dilihat mesra skrin sentuh, dan juga selari dengan penggunaan pada peranti mudah-alih seperti pada Android dan juga iOS.
Dengan lebih ramai yang sinonim dengan antaramuka seumpamanya, tidak diketahui sama ada Microsoft akan mengimplementasi rekaan ini secara menyeluruh, atau akan dihadkan kepada peranti dengan sokongan skrin sentuh atau tablet sahaja.
Apa pun, ia memperlihatkan Microsoft kini telah pun dalam proses pembangunan sistem operasi versi akan datang, yang akan turut menyertakan sejumlah perubahan pada antaramuka dan rekabentuk.