Kelak, Iklan Maya Akan Diposisikan Dalam Siri-TV Dan Filem Pada Khidmat Penstriman

Diterbitkan pada Okt 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah pengiklanan yang dikhususkan untuk seseorang dipaparkan melalui grafik, teks, mahupun iklan video ringkas. Tetapi, bergerak kehadapan, dengan populariti siri-TV dan juga filem, sebuah kaedah pengiklanan baharu bakal diuji.

Pihak Amazon dan Peacock sedia mendemonstrasikan sebuah format pengiklanan baharu, yang membolehkan pengiklan beriklan pada siri-TV atau sesuatu filem. Malah, pihak Amazon seperti sedia merancang perkara ini untuk tempoh masa panjang, memandangkan perkhidmatan penstriman mereka sedia hadir dengan sokongan pengecaman untuk setiap babak.

Berbalik kembali, iklan dipaparkan dalam bahagian filem atau siri-TV secara maya, dan bukannya dalam bentuk popup atau sebagainya. Sebaliknya, ia menggunakan teknologi pasca-produksi, dan menyertakan produk secara maya ke dalam sesuatu babak tanpa menganggu pengalaman tontonan atau jalan cerita.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang pelakon berjalan melepasi papan tanda, maka jenama boleh memposisikan jenama mereka pada bahagian papan tanda tersebut.

Begitu juga untuk produk seperti sekiranya terdapat babak botol air, maka menggunakan teknologi ini, botol air tersebut boleh diubah kepada jenama pengiklan.

Melalui langkah ini, sesuatu jenama dan juga promosi dapat disertakan tanpa menganggu pengguna – dan memperlihatkan ia mengikut bila seseorang menonton, serta mengikut citarasa penonton tersebut.

Pada hari ini, perkhidmatan penstriman seperti Amazon dan Peacock sedia melihat kepada teknologi ini, dan tidak mustahil ia turut diuji pihak seperti Netflix dan Disney.

komen


© Amanz / 2022 Kami