Instagram Akan Membolehkan Anda Menambah Lagu Pada Halaman Profil

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada suatu ketika dahulu, salah satu ciri yang popular pada MySpace adalah kebolehan pengguna menambah lagu pada profil – sekaligus mengetengahkan lagi peribadi seseorang pengguna.

Menariknya, kini ciri seperti itu dijangka akan hadir ke Instagram.

Melalui kod pembangunan terbaru, Instagram dilihat menguji ciri menambah lagu pada profil. Sebuah ruangan khas disediakan – memboiehkan pengguna memilih lagu dan menambah ia pada profil masing-masing.

Buat masa ini, ciri ini dilihat sedang dalam pembangunan, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi kepada semua.

komen


© Amanz / 2022 Kami