Microsoft Membuang Sejumlah Pekerja Rentas Pelbagai Bahagian
Aman
Microsoft kini menjadi syarikat teknologi terbaru yang mengurangkan angka pekerja mereka, dalam usaha mengoptimasikan operasi ketika keadaan ekonomi kurang stabil kebelakangan ini.
Pengurangan pekerja ini adalah merentasi pelbagai bahagian berbeza, dan tidak memfokuskan sesuatu produk yang spesifik. Jumlah pekerja yang terjejas tidak diketahui, tetapi dianggar kurang 1000 orang.
Sebelum Microsoft, sejumlah syarikat lain turut telah mengurangkan angka pekerja mereka, disamping menghentikan pengambilan pekerja baharu. Antara syarikat yang telah melakukan perkara sama sebelum ini termasuk Twitter, Snap, Flipboard dan beberapa yang lain.
[sumber]Sumber : Axios[/sumber]
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.