Had Umur Minima Melakukan TikTok Live Dinaikkan Daripada 16 ke 18 Tahun

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi memastikan keselamatan pengguna bawah umur mereka, TikTok menaikkan had umur minima pengguna yang ingin melakukan penstriman langsung daripada 16 ke 18 tahun dengan ia berkuatkuasa bermula 23 November ini.

TikTok

Ini adalah selari dengan polisi syarikat yang hanya membenarkan pengguna berusia 16 tahun ke atas menggunakan ciri Direct Message dan 18 tahun ke atas sahaja boleh menerima hadiah maya serta menjana pendapatan menerusi platform.

Sebuah lagi langkah keselamatan yang akan diperkenalkan ialah pengguna TikTok Live boleh menghalang penonton bawah umur 18 tahun dari mengikuti saluran mereka. Ini mungkin kerana topik perbincangan atau kandungan yang tidak sesuai untuk golongan ini.

Akhir sekali ciri Live kini boleh disertai sehingga lima orang secara serentak bagi pengguna yang ingin melakukan kolaborasi dalam kumpulan yang lebih besar.

komen


© Amanz / 2022 Kami