Dua Pek Baharu Astro Menawarkan Kandungan Sukan Dan Filem Pada Harga RM119.99 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro hari ini melancarkan dua pek baharu Sports Plus Pack dan Movies Plus Pack yang menyasarkan pelanggan yang ingin menonton kandungan sukan dan filem terbaik dalam satu berkas baharu.

Sport Plus Pack menggabungkan pek Sports sebelum ini dengan langganan Netflix serta akses kepada aplikasi beIN SPORTS CONNECT. Sementara itu Movies Plus Pack pula menawarkan akses kepada kandungan Netflix, HBO GO, Disney+ Hotstar, Astro Original dan K-Plus.


Sebagai tawaran istimewa pelancaran, pelanggan baharu akan dapat menikmati salah satu daripada
kedua-dua pek dengan hanya RM119.99/sebulan selama 18 bulan dengan kontrak adalah selama 24 bulan. Harga istimewa ini akan ditawarkan sehingga 18 Disember 2022 sahaja. Selepas 18 bulan, bayaran langganan akan kembali ke harga asal RM129.99 sebulan. Untuk terma dan syarat lengkap untuk Sport Pack Plus dan Movies Plus Pack sila ke laman rasmi Astro.

komen


© Amanz / 2022 Kami