Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg yang menerajui Meta kini berkongsi mengatakan WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh – sekaligus menawarkan lebih privasi dan juga sekuriti berbanding dengan iMessage yang hadir terbina pada iPhone.

Malah, beliau menekankan yang mana WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh pada sembang individu dan juga berkumpulan, tidak kira pada iPhone mahupun Android.

Disamping itu, WhatsApp turut menawarkan sokongan salinan pendua yang masih tidak disediakan pada iMessage.

Perkongsian Mark Zuckerberg terbaru ini dilihat serangan terkini Meta terhadap Apple, yang sering menekankan kepada ciri privasi, tetapi dilihat WhatsApp lebih menawarkan privasi berbanding iMessage.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd