Google Mungkin Sedang Membangunkan Peranti Pixel 7 Mini

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. oleh .

Bulan Mei lepas, kami melaporkan yang Google mungkin sedang membangunkan sebuah telefon pintar lain yang lebih berkuasa berbanding Pixel 7 Pro. Dalam kod pembangunan sistem operasi Android yang dijalankan pada peranti Pixel terdapat dua kod nama produk lain iaitu Felix dan Lynx. Felix dikatakan adalah peranti dengan skrin boleh lipat Pixel, sementara Lynx dikatakan adalah untuk Pixel 7 Ultra.

Kini, @Za_Raczke menemui bukti dalam kod sistem operasi Android pada Pixel 7 yang Lynx adalah sebuah peranti Pixel 7 dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Pixel 7 Pro. Beliau katakan begini kerana kod untuk Lynx mencadangkan skrin peranti adalah 1080p sahaja dan mungkin akan menyokong 120Hz. Kemudian sensor untuk kamera sudut-ultra lebar dan swafoto adalah daripada Sony IMX712 dan akan menggunakan cip modem Qualcomm WCN6740 (FastConnect 6700) yang menyokong WiFi 6E dan bukannya BCM4389 seperti pada Pixel 6 atau Pixel 7.

Ini bermakna, Lynx mungkin adalah sebuah peranti Pixel 7 Mini atau jika Google mengekalkan strategi mereka seperti Pixel 6a – kod ini adalah untuk peranti Pixel 7a yang menawarkan ciri dan spesifikasi seakan peranti mercu tetapi ditawarkan pada harga lebih murah.

komen


© Amanz / 2023 Kami