Redmi Smart TV A70 Dengan Skrin 4K Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Smart TV A70 telah diperkenalkan secara rasminya di China. Seperti namanya, ia dilengkapi skrin sebesar 70-inci dengan paparan 4K ULTRA HD yang beresolusi 3840 x 2160 piksel dan sokongan warna 10-bit tanpa sebarang kadar segar semula tinggi. Kesemua ciri ini dimuatkan dalam tubuh televisyen yang menggunakan bahan logam dengan bezel nipis yang mampu menyajikan nisbah skrin-ke-badan mencapai 96%.

Kemudian, cip pemproses empat-teras Cortex A53 yang dipadankan dengan memori 1.5GB RAM dan 8GB storan dalaman secara terbina turut digunakan. Turut disertakan adalah dwi-pembesar suara 20W dengan sokongan Dual Air Ducts untuk peningkatan bass lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan MIUI TV, Wi-Fi 802.11 ac (2.4GHz) dan pilihan input 2 x HDMI 2.0/ 2 x USB/Ethernet/AV Input. Redmi Smart TV A70 dijual di China pada harga RMB2999 (~RM1,965) untuk sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami