IQOO Neo7 Akan Dilengkapi Skrin 120Hz Dan Sistem Penyejukan Lebih Baik

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IQOO Neo7 merupakan model pembaharuan buat rangkaian telefon pintar keluaran IQOO. Selepas maklumat mengenai reka bentuk dan cip pemprosesan didedahkan, kini giliran spesifikasi pada skrin pula telah dikongsi menerusi kemaskini baharu di Weibo.

Ia menunjukkan telefon pintar akan dilengkapi skrin bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Turut disertakan adalah beberapa ciri tambahan seperti paparan HDR 10+, ciri DC Dimming dan nisbah kontras mencapai 8000000:1.

Seterusnya, sistem penyejukan pada telefon pintar juga akan menerima penambahbaikan. Di mana, ia menggunakan kebolehan pelepasan haba dua sisi bagi membolehkan pengalaman penggunaan kelak menjadi lebih baik. Selain itu, ia juga bertujuan bagi pengoptimasian prestasi yang memuaskan tanpa masalah panas melampau.

IQOO Neo7 bakal dilancarkan di China pada 20 Oktober 2022 dan penawaran penuh mengenainya akan diketahui sewaktu majlis pelancaran tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami