Starbucks Kini Menawarkan Kemudahan Pengecasan Kereta Elektrik 

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Starbucks Malaysia kini melangkah setapak kehadapan dengan menawarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik di beberapa cawangan terpilih.

Buat masa ini, untuk peringkat fasa pertama, sebanyak 17 cawangan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor telah tersedia dengan stesen pengecasan kenderaan elektrik. Dan dalam tempoh 3 tahun akan datang, Starbucks menyasarkan stesen pengecas EV tersedia di semua rangkaian Starbucks seluruh negara.

Starbucks menyediakan dua variasi pengecas kenderaan elektrik, iaitu jenis pengecasan arus-terus 50kW untuk pengecasan kurang sejam. Satu lagi pilihan yang disediakan adalah pengecasan dua hala 22kW untuk pengguna yang berada di sesuatu cawangan Starbucks untuk jangka masa yang lebih lama.

Untuk menggunakan pengecas EV ini, pengguna perlu melakukan tempahan melalui chargEV. Menariknya, bagi yang menggunakan pengecas elektrik, anda akan turut menerima diskaun sebanyak 50% untuk pembelian minuman grande pertama bermula 1 November kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami