Apple sudah lama dilaporkan sedang membangunkan peranti dengan skrin boleh-lipat mereka yang tersendiri. Ada yang katakan ia adalah hibrid iPhone dan iPad, ada juga kata ia adalah iPad skrin besar yang boleh dilipat.
Terkini, penganalisa CCS Insight melaporkan melalui CNBC – Apple mungkin akan melancarkan iPad dengan skrin boleh-lipat sebagai eksperimen terlebih dahulu. iPad ini akan dilancarkan pada tahun 2024 akan datang. Jika eksperimen ini berjaya, barulah Apple akan melancarkan iPhone dengan skrin boleh-lipat pula.

Laporan daripada Ross Young sebelum ini mendakwa, iPad ini akan mempunyai skrin sebesar 20-inci dan jualan hanya akan bermula pada 2026 atau 2027. LG, Apple, Microsoft dan Google turut dilaporkan sedang bekerjasama bagi membangunkan skrin OLED boleh-lipat sejak tahun 2016, dan tahun 2021 LG dilaporkan sedang membantu Apple bagi merealisasikan projek ini. Apple turut telah mempatenkan teknologi untuk melindungi skrin boleh-lipat daripada rosak.