#LG

LG Mula Menawarkan Monitor Pintar Dengan Sistem Operasi webOS

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG Smart Monitor 32SQ780S telah dilancarkan dan ia adalah sebuah monitor pintar yang hadir dengan sistem operasi webOS 22. Ini menjadikan LG syarikat kedua yang menawarkan monitor pintar yang bukan sahaja boleh dipadankan dengan sebuah PC tetapi boleh beroperasi secara kendiri seperti sebuah televisyen pintar.

Ia dilengkapi skrin 32″ LCD 4K dengan kadar segar semula 60Hz. Ia boleh memaparkan 90% warna dalam gamut DCI-P3. Monitor ini didatangkan dengan Ergo Stand yang dikepit pada permukaan meja dengan ia tidak mempunyai tapak biasa. Leher monitor boleh diputar sehingga 90 darjah untuk ia digunakan secara menegak.

Menerusi sistem operasi webOS, pelbagai aplikasi penstriman seperti YouTube dan Netflix boleh dipasang serta terdapat juga sokongan AirPlay 2 untuk pengguna ekosistem Apple. Pilihan I/O kalah 2x HDMI, 1x USB-C dengan kuasa 65W, 3x USB-A dan LAN. Ia turut mempunyai sokongan WiFi serta bluetooth untuk menyambungkan pelbagai aksesori. Di Amerika Syarikat ia dijual pada harga $500 (~RM2358) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami