Redmagic 7s Pro telah pun dilancarkan di Malaysia hari ini. Peranti ini adalah peranti gaming yang menggunakan skrin rata dengan kamera bawah skrin generasi baharu dengan cip tersendiri untuk mengawal piksel. Ia hadir dengan saiz 6.8-inci FHD+ AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan memori sehingga 18GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.
Kamera adalah 64+8+2 Megapixel dan kamera swafoto UDC 16MP. Ia turut mempunyai ciri RAM Boost, dijana cip tambahan Red Core 1, mempunyai sistem penyejuk ICE 10.0 Multi-dimensional Cooling System dengan kipas RGB, dilengkapi dengan butang bahu sentuhan, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 65W. Redmagic 7s Pro turut masih mempunyai port bicu audio 3.5mm.

Peranti ini menjalankan sistem operasi RedMagic OS 5.5 berasaskan Android 12. Wakil Redmagic Malaysia sebentar tadi mengesahkan kepada kami yang peranti ini hanya akan menerima sokongan perisian untuk dua tahun. Tetapi tidak jelas sama ada ia adalah untuk versi sistem operasi atau sekuriti.
Unit ulasan kami selepas dikemaskini masih lagi menggunakan tampalan sekuriti Jun 2022. Harga jualan di Malaysia adalah RM3,999 untuk versi 12/256 GB (Obisidian) dan RM4,999 pula untuk versi 18/512 GB (Mercury/Supernova).