Pelayar Web DuckDuckGo Untuk Mac Kini Boleh Diuji Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DuckDuckGo, salah satu enjin carian popular memfokuskan privasi, kini turut telah memperkenalkan pelayar web khusus mereka untuk para pengguna Mac. Sebelum ini, ia telah ditawarkan untuk pengguna Windows, dan kini turut diperluaskan untuk pengguna Mac dalam bentuk beta terbuka.

Dengan pengenalan ini, orang ramai yang menggunakan sistem operasi Mac, boleh memuat-turun dan mencuba pelayar web versi beta ini.

DuckDuckGo untuk Mac ini turut hadir dengan sokongan pengurusan kata laluan, kebolehan halangan pop-naik pada web, serta akses pantas kepada ciri perlindungan emel. DuckDuckGon juga turut menjanjikan privasi, walaupun sebelum ini dilanda beberapa kontroversi.

Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba DuckDuckGo untuk Mac hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami