Pihak berkuasa UK kini mengarahkan Meta untuk menjual sepenuhnya platform GIF popular, GIPHY.
Arahan ini hadir daripada pihak berkuasa UK, selepas melalui beberapa fasa sejak Meta mengumumkan ingin mengambil-alih GIPHY.
Sebelum ini juga, GIPHY telah menyatakan platform GIF mereka semakin kurang digunakan, dan ia lebih sesuai untuk dimiliki oleh Meta. Namun, hujah tersebut tidak diterima, dan pihak berkuasa UK mengarahkan Meta untuk menjual dan tidak mengambil-alih platform tersebut.
Pihak berkuasa di UK menyatakan pengambilan GIPHY oleh Meta akan membuatkan Meta terus mendominasi dan memonopoli pasaran, serta mengumpulkan sejumlah data – sekaligus memberikan lebih dominasi Meta pada arena media sosial.
Sebelum ini, pada Mei 2020 lepas, Meta menyatakan hasrat mengambil-alih Giphy pada nilai mencapai $400 juta.