Acara Adobe Max hari ini telah mengumumkan sejumlah ciri dan kemaskini baharu kepada penawaran mereka. Adobe Fresco merupakan sebuah aplikasi untuk menghasilkan karya digital yang kelihatan seperti lukisan. Setelah 3 tahun ia dilancarkan, hari ini Adobe telah mengumumkan beberapa kemaskini terbaru untuknya.
Jika sebelum ini Adobe Fresco hanya terhad untuk menghasilkan lukisan statik sahaja, kini mereka telah memberi kemaskini kepadanya dengan menawarkan ciri animasi untuk lukisan yang dihasilkan. Animasi yang boleh dilakukan adalah dari seperti membesarkan, mengecilkan dan juga goyangkan subjek. Selain menambah ciri berus 3D, Adobe juga telah menawarkan ciri Free Transform dan juga Liquify yang boleh didapati daripada Photoshop ke dalam Fresco.

Tambah Adobe lagi, mereka menambah ciri Adobe Capture untuk membolehkannya bekerja bersama sama Adobe Fresco bagi menghasilkan karya terus melalui fail sedia ada termasuklah daripada Creative Cloud dan juga Lightroom.