Adobe hari ini mengadakan acara Adobe Max, dan turut berkongsi sejumlah ciri baharu yang sedang dibangunkan. Salah satunya adalah sokongan integrasi kecerdasan buatan dalam penyuntingan gambar.
Melalui salah satu konsep yang dipertontonkan hari ini, Adobe memperlihatkan penggunaan kecerdasan buatan dalam menjana imej atau gambar yang digunakan dalam penyuntingan di Photoshop.


Pengguna boleh memilih sesuatu objek atau gambar, dan menjana variasi berbeza gambar tersebut dengan semudah klik kanan. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh menjana sesuatu objek dengan hanya taip teks, dan Adobe melalui kecerdasan buatannya akan menjana gambar untuk disertakan dalam penyuntingan.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah Adobe akan memperkenalkan ciri ini sepenuhnya pada Adobe Photoshop.