Adobe Acrobat Kini Disokong Dalam Set Kepala Meta Quest

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta mahu anda semua menggunakan set kepala Meta Quest keluaran mereka. Antara ciri yang sudah diperkenalkan ialah ruang pejabat maya, sokongan mesyuarat menggunakan avatar 3D dan baru-baru ini sokongan penuh Microsoft 365. Tetapi aplikasi yang mungkin paling kerap digunakan ketika bekerja ialah PDF. Di Adobe MAX hari ini, akhirnya aplikasi Adobe Acrobat boleh digunakan dalam set kepala Meta Quest.

Sokongan rasmi ini dibawakan kerana Adobe ingin memudahkan pengguna Quest menggunakan aplikasi dalam dunia VR dan AR Meta. Kesemua ciri menyunting, menghasilkan dan menanda tangan secara digital boleh dilakukan menerusi Acrobat for Meta Quest yang boleh dimuat turun sekarang pada set kepala Meta Quest dan Meta Quest Pro.

komen


© Amanz / 2022 Kami