Adobe Photoshop Kini Memudahkan Pemilihan Dan Memadam Objek Dalam Gambar

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe pada acara Adobe Max hari ini memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk Adobe Photoshop. Salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah kebolehan memilih objek, dan juga memadam sesuatu objek dalam gambar dengan mudah.

Untuk ciri pertama, Object Selection Tool sedia ditawarkan sejak beberapa tahun lepas, dimana ia memudahkan pengguna memilih sesuatu objek dalam gambar dengan mudah. Melalui kemaskini baharu tahun ini, ia beroperasi lebih jitu – termasuk membolehkan pengguna memilih objek seperti manusia dengan pilihan rambut dan sebagainya tanpa terputus. Perkara ini dijayakan melalui kecerdasan buatan Adobe tersendiri.

Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi proses penyuntingan sesuatu gambar – serta menjadikan kerja kreatif menjadi lebih pantas.

Disamping gitu, Adobe turut memperkenalkan ciri “One-Click Delete and Fill”, dimana pengguna boleh memilih sesuatu objek dan memadam serta menggantikan bahagian latarnya dengan pantas. Sebelum ini, ia memerlukan pengguna memadam sesuatu objek tidak diingini dengan melalui beberapa langkah, tetapi kini ia dimudahkan dengan kekunci pintas Shift + Delete.

Ciri-ciri baharu ini ditawarkan oleh Adobe melalui kemaskini baharu Adobe Photoshop mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami