Menjengah akhir tahun Adobe akan mengadakan acara Adobe MAX yang akan memperlihatkan kemaskini untuk perisian mereka lebih-lebih lagi untuk Creative Cloud.
Untuk perisian After Effects versi terbaharu iaitu 23.0, salah satunya terdapat lebih dari 50 praset animasi (animation presets) yang boleh memudahkan anda untuk mencipta animasi yang biasanya digunakan, seperti apabila teks memasuki ruang video.
Selain dari itu, apabila anda memulakan penetapan Composition, terdapat tetapan ‘Composition’ yang turut menunjukkan kadar FPS terus dari menu Preset. Malah ia turut menunjukkan pilihan Composition khas untuk kandungan video pada media sosial, dengan resolusi yang bertepatan.
Selain dari itu jika anda pengguna tegar MOGRTs untuk Premiere Pro, prestasi rendering kini dipertingkat sebanyak 200%, membolehkan rendering lebih pantas disiapkan, bergantung kepada spesifikasi komputer pengguna.
Akhir sekali jika anda pengguna After Effects Beta, anda boleh mencuba beberapa fungsi baharu antaranya 3D Model Import, Properties Panel yang berubah mengikut objek yang dipilih, dan juga kendalian warna OpenColorIO & ACES Color Management.