Adobe Menambah Beberapa Ciri Baru Untuk Aplikasi Suntingan Gambar Lightroom

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe Lightroom merupakan sebuah aplikasi suntingan gambar. Hari ini di acara Adobe Max, mereka telah mengumumkan beberapa ciri terbaru yang anda boleh dapatkan melalui Adobe Lightroom ini. Menurut Adobe, kemaskini ciri terbaru ini disasarkan untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses suntingan gambar.

Menurut Adobe, proses suntingan gambar hari ini lebih cepat dan mudah melalui ciri Select People yang dikuasakan oleh Adobe Sensei. Melaluinya, anda boleh mengesan dan dan boleh membuat “masking” yang berkualiti tinggi bagi subjek yang dipilih dalam karya anda. Malah, ia juga membolehkan anda untuk menyunting pada bahagian bahagian spesifik seperti muka, mata, mulut dan sebagainya dengan hanya beberapa klik sahaja.

Kemaskini pada Lightroom kali ini juga membolehkan anda untuk membuatpemilihan subjek dengan lebih cepat dan tepat melalui ciri Select Objects. Hanya perlu membuat pemilihan objek menggunakan Brush Select atau Rectangle Select dan anda boleh dapatkan hasil “masking” yang tepat dan cantik secara automatik.

Selain memperkenalkan beberapa Adaptive Presets yang membolehkan anda untuk menambah baik suntingan gambar, anda juga boleh membuat mask untuk latar belakang gambar. Menurut Adobe, anda boleh melakukan kesemua ini dengan hanya satu klik sahaja.

Ciri Content-Aware Remove yang sebelum ini boleh didapati pada Photoshop juga telah ditambah kepada Adobe Lightroom yang membolehkan anda untuk menghilangkan objek-objek yang tidak diingini dalam gambar dengan lebih terperinci.

Bagi Lightroom untuk penggunaan Windows dan Mac, Adobe membolehkan anda membuat perbandingan untuk disunting secara bersebelahan. Manakala bagi Lightroom Classic, anda boleh memperibadikan ruang kerja suntingan anda seperti mengubah panel kiri dan kanan anda. Bagi Lightroom menerusi laman web pula, anda boleh membuat suntingan video menggunakan kawalan suntingan yang ada pada suntingan gambar anda.

komen


© Amanz / 2022 Kami