Photoshop Untuk iPad Kini Boleh Melakukan Content-Aware Fill Dengan Satu Klik

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika tahun lepas kecerdasan buatan Adobe yang digelar Adobe Sensei berupaya mengesan objek dalam Photoshop semudah satu klik, tahun ini mereka telah menggunakan konsep sama namun digunakan pada Photoshop pada iPad.

Pada Adobe MAX tahun ini mereka mengumumkan beberapa kemaskini khas aplikasi Photoshop pada iPad yang membolehkan fungsi renyah dilakukan dengan satu klik. Kini pengguna Photoshop pada iPad boleh membuang latarbelakang dengan mudah. 

Dengan pilihan secara terus ‘Remove Background’, aplikasi ini akan dapat mengasingkan latarbelakang dan membuangnya dari objek utama. Malah ia juga tidak terhad kepada manusia, malah termasuklah kepada objek-objek lain. Fungsi yang asalnya ada pada Photoshop pada iOS kini terdapat pada iPad.

Satu lagi fungsi baharu pada Photoshop Untuk iPad adalah fungsi Content-Aware Fill yang popular pada perisian dekstop. Kali ini, pengguna boleh memilih objek yang tidak diinginkan, dan objek tersebut akan dipadam apabila memilih Fill > Content-Aware Fill.

Dengan kemajuan Adobe Sensei dan juga kelajuan pemprosesan peranti, sudah tentu lebih banyak lagi fungsi bakal hadir untuk peranti mudah alih. Kemaskini Photoshop untuk iPad ini sedia digunakan untuk semua. 

komen


© Amanz / 2022 Kami