Cari @ Amanz

Apple hari ini mengumumkan tablet terbaru mereka, iaitu iPad Pro generasi ke-6, yang hadir dengan dijana cip Apple M2. Cip pemprosesan sama turut menjana MacBook Pro 13-inci yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Dari segi spesifikasi, iPad Pro M2 ini hadir dengan pilihan saiz 12.9-inci dan juga 11-inci, dengan sokongan kadar segar semula mencapai 120Hz. Kedua-dua tablet ini juga menyertakan sokongan input berasaskan Apple Pencil.

Dari segi rekaan, tiada sebarang perbezaan besar. Apple dilihat memfokuskan kepada prestasi iPad Pro pada kali ini, termasuk melengkapkan ia dengan sokongan WiFi 6E, disamping turut menawarkan model selular dengan sokongan 5G. iPad Pro turut menyertakan sambungan USB-C bagi memudahkan ia dihubungkan kepada sejumlah aksesori, termasuk monitor.

Disamping itu, ia hadir dilengkapi dengan sistem operasi iPad OS 16 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk Stage Manager untuk multi-tugasan lebih baik pada iPad.

Di Malaysia, Apple senaraikan penawaran tablet iPad Pro bersaiz 11-inci pada harga bermula RM3899, sementara model 12.9-inci pula hadir pada harga bermula RM5399. Buat masa ini, tarikh penawaran di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd