Apple iPad Kini Hadir Dengan Cip A14 Bionic, Dilengkapi USB-C, Harga Bermula RM2099

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersama-sama pengenalan iPad Pro baharu, pihak Apple juga turut mengemaskini penawaran asas iPad melalui pengenalan iPad baharu bersaiz 10.9-inci dengan paparan Liquid Retina.

iPad ini dijana dengan cip Apple A14 Bionic, dan menariknya turut menyertakan sambungan pengecas berasaskan USB-C.

Disamping itu, iPad ini turut menyertakan kamera hadapan 12-megapixel, kamera belakang 12-megapixel, serta sambungan WiFi 6 dan sokongan rangkaian 5G bagi versi selular. Dari segi aksesori, iPad juga turut menyokong papan kekunci Magic Keyboard Folio, selain input berasaskan Apple Pencil (Gen 1).

Seperti versi iPad Pro, iPad generasi ke-10 ini turut menyertakan sistem operasi iPadOS 16 yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baharu yang memudahkan anda melaksanakan sejumlah tugasan.

Di Malaysia, iPad generasi ke-10 ini ditawarkan pada harga bermula RM2099 untuk versi WiFi 64GB, dan bermula RM2849 untuk versi selular.

komen


© Amanz / 2022 Kami