Apple TV 4K Generasi Baharu Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM699

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disamping pengenalan beberapa model baharu iPad, pihak Apple hari ini turut mengemaskini penawaran Apple TV 4K yang menawarkan prestasi lebih berkuasa, dan pada harga lebih kompetitif.

Apple TV 4K kini hadir dengan cip Apple A15 Bionic, membawakan prestasi dan grafik lebih baik – bagi membolehkan anda mengalami pengalaman tontonan dan bermain permainan yang sangat menarik menggunakannya. Apple mengatakan ia menawarkan prestasi lebih 50% berbanding generasi sebelumnya.

Ia turut hadir dengan sokongan WiFi sahaja atau dengan sokongan WiFi + Ethernet.

Melengkapkan ia juga adalah alat kawalan Siri Remote yang memudahkan proses navigasi Apple TV. Apple turut mempromosikan Apple TV sebagai sebuah hab pintar yang berhubung dengan pelbagai peranti pintar lain.

Di Malaysia, model WiFi sahaja disenaraikan pada harga RM699, sementara model Ethernet pula ditawarkan pada harga RM799. Tarikh jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami