iPad Baharu Perlukan Dongel USB-C Untuk Menghubungkan Apple Pencil

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan iPad generasi ke-10 yang hadir dengan sejumlah pembaharuan, dan paling mencuri perhatian ramai adalah sambungan berasaskan USB-C, dan juga sokongan input berasaskan Apple Pencil generasi pertama.

Walaubagaimanapun, untuk menghubungkan ia kepada iPad, pengguna akan memerlukan sebuah dongel USB-C khas. Ia didatangkan bersama secara terbina melalui penawaran Apple Pencil gen-1 yang dibeli baharu.

Namun, untuk pengguna yang sedia mempunyai Apple Pencil generasi pertama, dan hanya memerlukan dongel penyambung USB-C sahaja, anda perlu mendapatkannya pada harga RM55 daripada pihak Apple – sebelum dapat menghubungkan Apple Pencil tersebut kepada iPad generasi baru ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami