Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan iPad generasi baharu, pihak Apple juga akhirnya mengumumkan secara rasmi pengenalan kemaskini sistem operasi akan datang, iaitu iPadOS 16.

iPad OS 16 akan hadir bermula 24 Oktober kepada pengguna iPad sedia ada. Ia menyokong semua model iPad Pro, iPad Air generasi ketiga dan terkini, iPad 5 dan terkini, serta iPad Mini 5 dan terkini.

Salah satu ciri baharu yang dinantikan pada iPadOS 16.1 adalah Stage Manager. Ia merupakan ciri multi-tugasan terbaru, memudahkan anda menjana persekitaran kerja berbeza mengikut aplikasi dan keperluan. Ia seumpama anda membuka ruangan desktop berbeza – dan kemudian membolehkan anda bertukar-tukar antara satu ke yang lain. Namun, ciri ini ditawarkan terhad kepada beberapa iPad sahaja, iaitu untuk model iPad Pro sejak 2018, selain untuk iPad Air terbaru.

Disamping itu, kemaskini baharu ini juga akan menyertakan sejumlah kemaskini pada aplikasi di iPad, selain sokongan untuk aplikasi bertaraf desktop pada iPad.

Bagi anda yang menggunakan iPad, boleh tandakan kalendar pada 25 Oktober ini untuk mula memuat-turunnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd