Cip MediaTek Dimensity 9200 Dijangka Diperkenalkan Pada November Ini

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek sebelum ini sedia hadir dengan beberapa cip pemprosesan berkuasa tinggi mereka menerusi Dimensity 9000 dan Dimensity 9000+ dengan rekaan 4nm. Kini, timbul desas-desus mengatakan MediaTek bakal melancarkan cip baharu dikenali sebagai Dimensity 9200 pada November ini.

Maklumat Mengenai Dimensity 9000

Mengulas lanjut, cip tersebut dipercayai hadir sebagai pesaing untuk cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dijangka turut tiba sekitar bulan yang sama. Memetik sumber, Dimensity 9200 akan menggunakan Cortex-X3 ARM di mana teras ini menjanjikan peningkatan prestasi 25% lebih baik berbanding pendahulunya.

Maklumat Mengenai Dimensity 9000+

Ini dipadankan pula dengan GPU Immortalis G715 baharu untuk peningkatan lagi prestasi pada cip pemprosesan. Cip juga akan dihasilkan menggunakan teknologi 4nm TSMC, dalam masa sama terdapat juga kebarangkalian teras Cortex-A710 dan Cortex-A510 yang sama seperti sebelum ini turut digunakan.

Sekadar selingan, MediaTek sebelum ini telah melancarkan cip pertengahan baharu menerusi Dimensity 1080. Ia merupakan penambahbaikan untuk cip Dimensity 920, di samping turut sama menyokong kamera sehingga 200MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami