Dengan Spectre, Rolls Royce Menyertai Arena Kereta Elektrik

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemewahan adalah sinonim dengan jenama Rolls Royce. Di digunakan oleh golongan bangsawan dan hartawan untuk menunjukkan mereka mempunyai duit lebih untuk memiliki kereta yang harganya lebih mahal berbanding sebuah rumah banglo dua tingkat. Semalam Rolls Royce Spectre telah diperlihatkan dengan ia alah kereta elektrik komersial pertama dari mereka.

Sebelum Spectre, beberapa kenderaan konsep telah dihasilkan. Tetapi dengan kereta elektrik kini menjadi trend pasaran, Spectre ditawarkan bagi pengguna yang masih memerlukan kemewahan kelas Rolls Royce tetapi dengan teknologi elektrik moden yang lebih mesra alam.

Spectre dilengkapi motor elektrik 585 kuasa kuda, dan jarak perjalanan sehingga 512 km dengan sekali caj. Harga jualan dan kelajuan maksimum belum diumumkan setakat ini. Rolls Royce hanya mengatakan ia adalah langkah pertama untuk menawarkan semua model mereka dengan kuasa elektrik menjelang 2030.

Kemasan dalaman Spectre adalah mewah dengan pemilik boleh melakukan kustomasi pada kerusi kulit dan penggunaan kristal pada kemasan dalaman kokpit. Dua skrin LCD diletakkan di hadapan untuk memaparkan maklumat pemanduan dan mengawal sistem kenderaan. Menerusi aplikasi eksklusif Whispers, pemilik akan menerima saranan lokasi yang boleh dilawati. Kenderaan juga boleh dikawal menggunakan pembantu maya Eleanor yang menerima arahan suara.

komen


© Amanz / 2022 Kami