Carian
Sony DualSense Edge Akan Dijual Di Malaysia Bermula 26 Januari Pada Harga RM999
October 19, 2022 Effi Saharudin

Semalam alat kawalan Sony DualSense Edge telah dilancarkan secara rasmi dengan pratempahan telah dibuka di beberapa negara terpilih. Bagi pengguna di Malaysia, Sony mengesahkan ia akan dijual bermula 26 Januari 2023 pada harga RM999 sebuah. Aksesori lain dalam bentuk butang boleh ganti tambahan pula dijual pada harga RM99 untuk satu set lengkap.

DualSense Edge berbeza dengan DualSense biasa kerana bahagian kayu analog boleh digantikan dan juga terdapat butang tambahan di bahagian bawah yang boleh digunakan mengikut keperluan permainan. Ia adalah alat kawalan premium yang turut hadir dengan kabel pengecas yang disulam serta bekas simpanan khas lengkap dengan tempat meletakkan aksesori.

Kesemua ciri DualSense biasa seperti Adaptive Trigger dan timbal balas haptik masih lagi diberikan cuma terdapat laras untuk mengurangkan jarak pergerakan butang picu oleh pengguna.

Komen