Cari @ Amanz

Google Family Link ialah aplikasi yang kami sarankan digunakan oleh kesemua insan yang mempunyai anak-anak bawah umur. Menerusinya kandungan internet yang boleh diakses, penetapan kandungan yang sesuai dengan usia dan mengawal tempoh penggunaan peranti pintar boleh dikawal menerusi peranti milik ibu bapa.

Aplikasi ini telah dikemaskini oleh Google hari ini bagi menambah beberapa ciri yang diminta oleh ibu bapa. Pertama sekali Family Link kini boleh memberikan notifikasi kepada ibu bapa apabila anak tiba ke destinasi yang dijanjikan seperti sekolah atau keluar ke tempat ini. Lokasi peranti anak-anak juga boleh dijejak bagi memastikan keselamatan mereka. Selain itu ibu bapa boleh mengaktifkan ciri mengaktifkan penggera Find My Device bagi mencari telefon milik anak yang hilang di rumah dari telefon mereka.

Proses menambah waktu pengguna peranti atau Android TV juga boleh ditambah dari aplikasi. Kebenaran memanjangkan tempoh menonton misalnya boleh dilakukan sekali sahaja misalnya. Anak-anak juga boleh melakukan permohonan supaya aplikasi dikemaskini atau meminta aplikasi dibeli oleh ibu bapa menerusi Family Link.

Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai masa memantau anak sepanjang masa pula, terdapat ciri ringkasan aktiviti minggu yang memaparkan aplikasi apa yang digunakan, tempoh masa dihabiskan dan laman web yang dilawati oleh anak.

Akhir sekali Family Link kini boleh diakses menerusi laman web dan tidak lagi terhad pada aplikasi telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd