Cari @ Amanz

Nothing Ear (stick) bakal dilancarkan secara rasminya pada 26 Oktober ini. Ini merupakan pembaharuan untuk rangkaian aksesori audio daripada Nothing dan rekaannya kini telah didedahkan sepenuhnya. Ia menunjukkan set fon telinga nirwayar bertangkai dengan simpanan merangkap pengecas berbentuk silinder. Ia juga masih lagi lutsinar dengan putik audio dapat dilihat dari luar.

Berbeza dengan pendahulunya, kini tiada putik silikon yang kelihatan. Sebaliknya, Nothing Ear (Stick) dilihat lebih mirip kepada rekaan kekisi audio pada Apple AirPods. Menurut Nothing, ia direka untuk keselesaan berpanjangan, di samping mempunyai berat sekitar 4.4 gram untuk fon telinga itu sendiri. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada fon telinga ini akan disertakan dengan sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) atau sebaliknya.

Dalam masa sama, perkongsian mengenai spesifikasi lain juga masih menjadi misteri pada masa ini. Bagaimanapun, jangkaan awal mendapati kapasiti bateri adalah lebih kecil iaitu 350mAh berbanding 570mAh pada pendahulunya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd