Apple tvOS 16.2 Akan Hadir Dengan Ciri Siri Yang Lebih Baik – Masih Tidak Disokong Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple TV 4K generasi baharu telah pun diperkenalkan malam tadi dengan harga bermula RM699. Ia dijana cip A15 Bionic, hadir dengan rekaan lebih kecil, ringan, tiada kipas dan turut menyokong paparan HDR10+. Siri Remote juga dikemaskini dengan USB-C dan tiada lagi kabel pengecas diberikan.

Walau bagaimanapun, Apple TV 4K masih lagi menjalankan tvOS 15 kerana tvOS 16 versi stabil hanya akan diedarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Kelak, semua Apple TV yang menyokong kemaskini baharu akan terus menerima tvOS 16.1 dan ada juga model akan menerima tvOS 16.2

Kemaskini ini akan hadir dengan ciri Siri yang lebih baik agar ia lebih mudah digunakan. Pertama sekali, antaramuka Siri kini lebih mirip dengan iPhone dan boleh mengenalpasti sehingga enam pengguna berbeza. Jadi apabila arahan suara “What should I watch?” diberikan ia akan memaparkan keputusan berdasarkan minat pengguna yang berbeza.

Pengguna AirPods turut boleh terus menyeru Siri dengan menyebut “Hey Siri” tanpa menggunakan Siri Remote. Cuma sayang sekali, penggunaan Siri pada kotak set Apple TV masih lagi terhad kepada negara terpilih dan tiada sokongan di Malaysia. Kemaskini baharu ini akan menambah sokongan untuk Denmark, Luxembourg, dan Singapura.

Sumber: MacRumors

komen


© Amanz / 2022 Kami