Kuo – Kotak Set Apple TV Seterusnya Akan Dijual Pada Harga Lebih Murah

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah mengumumkan kotak set Apple TV 4K generasi baharu dengan harga yang lebih mampu milik, iaitu RM699 untuk versi WiFi dan RM799 untuk versi WiFi + Ethernet. Kedua-dua Apple TV ini dijana dengan cip Apple A15 Bionic, menggunakan kuasa 30% lebih rendah, hadir dengan saiz lebih padat, ringan dan tanpa kipas. Siri Remote turut dikemaskini dengan USB-C dan kelak akan menerima kemaskini tvOS 16.2 dengan Siri yang lebih baik.

Apple turut tidak lagi menjual Apple TV HD yang asas kerana ingin pastikan pengguna dapat menikmati kualiti penstriman dan menerima pengalaman penggunaan yang lebih baik. Menurut Kuo, walaupun harga ini sudah lebih murah berbanding tahun lepas (bermula RM849) – kotak set Apple TV kelak akan dijual dengan harga lebih mampu milik.

Beliau menganggarkan Apple TV generasi akan datang mungkin akan dijual pada harga sekitar $100 iaitu bawah RM500. Dengan harga ini, Apple boleh bersaing dengan Chromecast with Google TV, Amazon Fire TV, Roku dan pelbagai lagi kotak set atau dongel TV pintar di pasaran sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami