Rangkaian 5G Kini Tersedia Di Negeri Sembilan Dan Melaka

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Melalui kemaskini peta liputan pada halaman DNB mahupun Yes, kini dilihat dua buah negeri telah mula menerima sokongan rangkaian 5G, iaitu di Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Namun, kawasan yang diliputi agak terhad buat masa ini. Untuk Negeri Sembilan, rangkaian 5G dilihat diliputi sekitar kawasan Seremban dan juga Senawang. Sementara di Melaka pula, ia adalah sekitar Batu Berendam, Ayer Molek dan Telok Mas.

Ini adalah penambahan terbaru oleh Digital Nasional Berhad dalam mempersiapkan infrastruktur mereka meliputi sejumlah besar kawasan menjelang penghujung 2022 ini.

Buat masa ini, hanya Yes menawarkan khidmat komersil 5G kepada pengguna akhir. Syarikat telekomunikasi lain dijangka turut menawarkannya dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami