Kemaskini Adobe Substance 3D Membolehkan Anda Mencipta Rekaan 3D Lebih Mudah Melalui VR Dan Desktop

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe Substance 3D juga hadir dengan beberapa kemaskini terbaru. Ia merupakan sebuah ekosistem yang boleh bekerjasama dengan perisian dibawah Creative Cloud seperti Photoshop dan juga Illustrator untuk menghasilkan rekaan 3D dengan lebih mudah dan cepat.

Salah satu ciri yang telah ditambah padanya adalah Adobe Substance 3D Modeler yang membolehkan anda untuk menghasilkan 3D dengan proses yang lebih ringkas. Beberapa peralatan suntingan juga telah ditambah pada Substance 3D Sampler, iaitu 3D Capture yang membolehkan anda untuk mengubah gambar-gambar menjadi model 3D yang realistik.

Anda juga boleh menghasilkan rekaan 2D dan padankannya dengan material Substance menerusi Photoshop dan juga Illustrator untuk dapatkan hasil 3D seolah-olah dengan material kain, kayu dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis material dan model tambahan yang anda boleh dapatkan menerusi Substance 3D Assets. Hasilnya, anda boleh dapatkan rekaan 3D yang kelihatan seperti barangan nyata.

Bukan sekadar itu, dibawah ciri Substance 3D Modeler juga anda boleh mengakses cara baru untuk menghasilkan rekaan 3D dimana ia menyokong untuk penghasilan 3D menggunakan VR. Ciri ini membolehkan anda sebagai pereka 3D untuk dapatkan pengalaman pembuatan dengan lebih terperinci seolah-olah sedang menghasilkan 3D yang sebenar. Malah, hasilnya juga boleh dieksport ke Substance 3D Painter untuk menambah tekstur dan material, kemudian ke Substance 3D Stager untuk semakan dan proses akhir.

Terdapat juga alat fotogrametri 3D Capture yang membolehkan anda mengubah objek sebenar menjadi rekaan model 3D. Hanya perlu mengambil gambar dan biarkan 3D Sampler untuk menghasilkan model 3D. Lebih mudah dan pantas.

komen


© Amanz / 2022 Kami