Cari @ Amanz

Piawaian baharu USB4 Version 2.0 telah diumumkan oleh USB Implementers Forum (USB-IF) hari ini dengan ia menyokong penghantaran data sehingga 120Gbps sehala atau 80Gbps secara dua hala. Ini dilakukan menggunakan empat lorong dimana setiap lorong menyokong pemindahan data sehingga 40Gbps. Ini adalah peningkatan daripada piawaian USB4 asal yang menyokong pemindahan data sehingga 40Gbps.

Dalam kes USB4 Version 2.0, penghantaran naik data adalah sehingga 120Gbps tetapi pada waktu yang sama turut menyokong data turun 40Gbps serentak. Kadar pemindahan data yang tinggi ini menyasarkan paparan dengan resolusi melebihi 4K, kadar segar semula tinggi untuk permainan video, sokongan HDR dan sokongan multi skrin serentak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd