Dyson V15 Detect Absolute Dengan Sistem Laser Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4799

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dyson V15 Detect Absolute telah dilancarkan di Malaysia hari ini dengan kepala berus yang dilengkapi laser supaya pengguna dapat melihat habuk yang berada di permukaan lantai. Ia adalah model kemas kini untuk V12 Detect Slim yang dilancarkan tahun lalu di Malaysia.

V15 Detect Absolute hadir dengan kebuk debu 220% lebih besar berbanding V12, kuasa sedutan yang 1.5x lebih kuat berbanding V12 dan 15% lebih ringan berbanding Outsize+. Dengan sekali caj, mesin pembersih hampagas nirwayar ini boleh beroperasi sehingga 60 minit. Ini menjadikan V15 Detect Absolute mesin pembersih hampagas nirwayar yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Dyson.

Ciri menarik lain pada V15 Detect ialah ia mempunyai sensor piezoelektrik yang boleh mengesan saiz partikel debu yang disedut. Graf jumlah zarah debu yang disedut akan sentiasa dipaparkan pada skrin LCD di belakang V15 Detect. Ia juga cukup pintar untuk mengubah kekuatan sedutan berdasarkan jumlah debu yang sedang disedut secara automatik.

Di Malaysia Dyson V15 Detect Absolute dijual pada harga RM4799 untuk set yang turut hadir tiga aksesori kepala dan lima aksesori membersih tambahan. Turut ditawarkan ialah Dyson V15 Detect Absolute (HEPA) pada harga RM4999 dengan aksesori yang sama cuma dengan penapis HEPA terbina.

komen


© Amanz / 2022 Kami