Cari @ Amanz

Redmi X Pro Diperkenalkan – TV Memfokuskan Gaming Dengan Skrin 4K 120Hz

Link Copied!

Redmi X Pro telah dilancarkan secara rasminya di China sebagai sebuah televisyen yang memfokuskan terhadap permainan. Selari dengan itu, ia telah dimuatkan dengan beberapa ciri menarik seperti sokongan kadar segar semula 120Hz, teknologi 120Hz MEMC, mod gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Variable Refresh Rate (VRR).

Bersama-sama dengannya, Redmi X Pro turut dilengkapi paparan 4K (3840 x 2160 piksel) dan Dolby Vision yang tersedia dalam dua saiz skrin iaitu 65-inci atau 75-inci. Turut disertakan, cip pemproses empat-teras Cortex A73 dengan memori 3GB RAM dan 32GB storan terbina, di samping melepasi pensijilan Teknologi AMD FreeSync Premium untuk pengalaman permainan dengan visual lebih baik.

Tidak ketinggalan, televisyen turut menyokong perkhidmatan penstiman video yang membolehkan pengguna bermain lebih daripada 40 permainan tanpa perlu muat-turun. Pilihan input terdiri dengan HDMI 2.1 / 2 X HDMI 2.0 / 2 X USB 2.0/ port kabel rangkaian / input AV, S/PDIF dan antena. Untuk harga, ia dijual di China pada RMB2999 (~RM1,959) untuk versi 65″, sementara itu versi 75″ pula berharga RMB4299 (~RM2,808).


Komen ()