Cari @ Amanz

Adobe Sneaks adalah salah satu sesi yang ada pada acara Adobe MAX. Di dalam sesi ini, Adobe akan memperkenalkan beberapa teknologi eksperimental mereka yang belum lagi diketahui sama ada akan diimplementasikan di dalam perisian-perisian di bawah Creative Cloud ataupun tidak.

Terkini, Adobe telah menunjukkan beberapa demo yang sedang dalam peringkat ujian dan salah satunya adalah Project Clever Composites. Projek ini membolehkan anda untuk menggabungkan pelbagai gambar yang berlainan menjadi satu hasil karya kreatif dengan hanya beberapa klik ringkas sahaja.

Sebagai contoh, anda ingin menggabungkan gambar jalan raya dan juga gambar kereta menjadi satu. Tetapi apabila meletakkan gambar kereta pada gambar jalan raya, ia akan kelihatan agak janggal kerana akan menampakkannya seperti hanya salin dan tampal sahaja. Jadi disinilah fungsi Auto Scale dan Add Shadow memberikan peranan dimana anda boleh melaraskan saiz subjek dan meletakkan bayang-bayang pada subjek tersebut bagi menampakkan kesan yang lebih realistik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd