Honor Play 40 Plus Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Play 40 Plus merupakan model pembaharuan untuk rangkaian peranti pintar di bawah siri Honor Play. Ia hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 700 yang dimuatkan dalam tubuh dengan sistem dwi-kamera di belakang dan panel hadapan bertakuk kecil.

Skrinnya adalah sebesar 6.74-inci IPS LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga disertakan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 6,000mAh yang juga menyokong sistem pengecasan 22.5W. Kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula 5MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi dan rangkaian 5G terbina. Untuk harga, Honor Play 40 Plus dijual pada RMB1199 (~RM783) (6GB/128GB), RMB1399 (~RM914) (8GB/128GB) dan RMB1599 (~RM1044) (8GB/256GB) dengan pilihan warna seperti black, silver, blue dan purple.

komen


© Amanz / 2022 Kami